Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, February 27, 2014

Bebola Kentang Berinti Cheese

Assalamualaikum..
Minggu ni kurang sibuk di ofis..so balik rumah tak la penat sangat..boleh la layan masak-masak.
Asalnya Min mula bukak cerita pasal bebola kentang ni..dia cakap senang je kakak dia buat..bubuh tepung ja..ni yang semangat ni..sebab senang..huhuhu

Kebetulan memang nak pi cari barang untuk buat kek batrisyia..jadi beli sekali bread crumb tu..pastu singgah beli ubi kentang..kali ni tak sempat nak google resepi..main bantai ja rebus kentang..bubuh garam sikit..dah empuk terus lenyek panas-panas..dah sejuk terus buh tepung..

lepas tu ajak la batrisyia join membentuk bebola..harus la dia seronok..macam2 saiz ada..untuk cheese saya guna yang keping2 tu..tu ja yang ada masa tu..

masa untuk menggoreng...golek dalam telur..golek pulak atas bread crumb..goreng..siap!!

ni lah hasilnya..dah tinggal separuh..


Esoknya batrisyia request nak bawak bekal ke sekolah...tapi dia tak mau cheese..nak sos je..ini anak memang melayu tulen..
Sampai harini  dah 4 hari berturut-turut bawak benda yang  sama...tak jemu-jemu kot..


hujung minggu ni projek rainbow cake pulak..ni pun batrisyia yang mintak..dia dah tak mau kek coklat untuk birthday dia..huhuhuhu..sudah pandai demand pulak..

harap-harap menjadi la kek ituuu..kita buat sama-sama ye batrisyia

Monday, February 24, 2014

SARUNG BATAL DAN TILAM

Assalamualaikum..
Dah lama tak bercerita di sini..alasannya penat..boleh camtu? hehehe....

hari ni entry yang pendek sahaja... sempena pembukaan tahun 2014..

hanya nak tunjuk sarung batal dan sarung tilam yang dah siap beberapa bulan lepas..tempahan dari kawan-kawan ofis..layan je la gambar bawah ni.

sarung bantal kosong dan beropol

sarung tilam beropol

sekian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...