Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 10, 2012

ROTI PURI OLEH ENCIK SUAMI

Alkisahnya petang semalam nak pergi JOM MAKAN BUAH @ PUTRAJAYA dan bawak anak-anak main kat dataran masjid. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah S.W.T juga yang menentukan...sekarang kan musim hujan...

Petang yang sejuk dan mendung, mulut pun mula la nak mintak makanan..tetiba Abah cakap nak buat Roti Puri..umi pun terus sokong 200%..maklumla ada orang nak masak..kita makan aje..

Agak lama juga tak post pasal masak-masak ni, sebab memang dah lama tak mencuba masakan baru..konon2 diet..hehehehe ( kurus la sangat).

Dah siap uli dan perap 30 minit, bermulalah acara memasak. Abah buat Roti Puri, Umi buat kuah sardin..yummm..yummm

Inilah hasil cubaan pertama Roti Puri oleh Abah..sedappnyaa...(bila lagi nak puji kan....)


Dalam kuali


 siap dengan kuah sardin sekali

Sekian....

Tuesday, October 23, 2012

IHTIFAL ALIF CERIA 2012

Dah lama tak update blog..sangat2 sibuk dan penat dengan coding..hehehe
Memandangkan minggu lepas Batrisyia ada persembahan sempena Majlis Ihtifal tadikanya, jadi umi mesti rajin menyimpan kenangan ini...

Bertempat di Dewan Sri Cempaka Sari, Putrajaya yang sangat besar dan selesa itu, kami satu family dapat tempat duduk agak jauh dari stage utama tetapi pandangan masih jelas lagi. Abah dan Umi sangat teruja nak tengok Batrisyia buat persembahan sebab hari-hari balik nyanyi dan menari lagu haiwan..katanya dia jadi mother hen....

baris ketiga terakhir..jauh kan...

Semua persembahan best2 dan saya sangat kagum bila anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun boleh menjadi MC...

Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran Batrisyia dan kawan-kawannya buat persembahan...umi dapat ambil gambar dari tepi je..cukuplah untuk kenangan...gambar kat bawah ni semua download dari facebook Alif Ceria..terima kasih yer..





 peaceee...

Tamat persembahan, majlis konvo untuk anak-anak 6 tahun pun bermula..sebelum tu ada penyampaian hadiah untuk anak-anak 4 hingga 5 tahun mengikut sekolah masing-masing..

Alhamdulillah, Batrisyia telah mendapat Anugerah Outstanding Acheivement mewakili anak 4 tahun. Kemudian, anak-anak yang mendapat anugerah ini diberi buku untuk dibaca dihadapan ibu-bapa..


suka sangat buat peaceeee...

Untuk maklumat lanjut pasal Alif Ceria, boleh klik sini..
Alhamdulillah, rasa sangat berbaloi hantar Batrisyia ke sini..terima kasih kepada semua Cikgu yang tanpa jemu melatih anak-anak dengan bermacam-macam perangai..semoga Alif Ceria terus maju dan diberkati Allah S.W.T...Aminnn...

Friday, July 27, 2012

Happy Belated Birthday

Sudah lebih 2 hari Adik Najihah...so umi dah tukar ticker baru..
Umi dan Abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Adik Najihah....Amin

Sekian..

Friday, June 8, 2012

Blueberry Cheese Tart & Batrisyia

harini nak cerita 2 perkara yang berlainan dibawah satu tajuk..jadi tak payah nak tulis 2 entry..

Cerita Pertama : Blueberry Cheese Tart Pertamaku
Cita-cita nak buat tart ni dari bulan 3 lagi..tapi asyik tertangguh je..jadi cheese tu pun dah 3 bulan terperap dalam peti sejuk...Asalnya beli cheese untuk topping kek karot, tapi keknya sampai harini tak nampak2..hehehe..

Akhirnya tanpa dirancang, hari Selasa balik rumah time lunch..uli tepung dulu..pastu simpan dalam peti jap..saya jumpa macam2 cara nak buat crustnya..tapi saya ikut resepi dari sini. Tips yang bagitau simpan pastry dalam peti tu jumpa dalam blog lain..saja try simpan sebab memang tak sempat nak buat semua dalam masa 30 minit je.

Dah balik keja terus bakar crust/kulit tart. Dah siap semua simpan dulu, nanti malam pulak baru buat filling..rehat dulu main2 dengan anak2.

 First time..macam2 size ada

Malamnya bersama Batrisyia (mesti nak buat sama) dan tambahan pembantu adik Najihah (tolong kemas dapur) maka siap jugak cheese tart saya. Dah masak je terus ngap..sebab tak sabar nak tahu jadi ke tak..hehe.

 Sebelum dibakar

Alhamdulillah..boleh terus ikut  resepi ini pada masa akan datang..mudah dan tak banyak sangat bahan2 dan boleh tahan jugak sedapnya (macam puji diri sendiri je..)


Cerita Kedua : Batrisyia dan hadiahnya
Petang Khamis, Batrisyia bawa balik hadiah dari Taska..siap dengan belon lagi. So dalam kereta umi tanya kenapa dapat hadiah? Batrisyia : 'Nanti lah Batrisyia cite kat rumah, penat la' . Alamak, terpaksa la umi sabar dulu..

Dah sampai rumah umi tanya lagi..
Batrisya:' Kak Long main bola pas2'.
 Umi: 'Tu je ke, tu ada 2 hadiah'.
Batrisyia:-'Tak nak cakap la Umi'. (alasan seperti biasa..)
So umi pun tak tau apa event untuk hadiah tersebut..cuma tolong makan je lah..hehe
Nanti boleh tanya cikgu kat Taska..




Hadiah Batrisyia

Tuesday, May 15, 2012

Heavy Cotton sudah kembali!!

Salam..
dua mingu lepas saja2 pi cuci mata kat Nilai. Niat asal nak tengok kain langsir, niat sampingan pulak nak cari heavy cotton. Dah lama memendam perasaan nak jahit beg kain..hehehe. 

Sampai kat Putra Walk, sunyi sepi je..rupanya banyak kedai dah tutup...tapi alang-alang dah sampai..jalan2 la jugak..

paling murah jumpa heavy cotton RM8/meter. Rasanya ok la tu kot, mungkin kualiti kurang sikit kot..sebab biasa tengok kat alam maya (internet)..belas2 RM jugak.

Pilih punya pilih ambik la beberapa design macam gambar kat bawah ni..dalam kepala dah pikir dah..macam2 nak buat..tapiii....mampukah saya??? huhu..




Projek pertama beg untuk Batrisyia ke Taska. Saya tengok tutorial kat internet je..lupa plak nak copy address. Satu malam boleh siap, sebab penerangannya sangat mudah..


 Siap potong kain

Dah siap rasa macam cantik plak..hahaha..puji diri sendiri nie.. So apakah projek seterusnya..tunggu..






Tuesday, May 8, 2012

Birthday Nur Alya Batrisyia


Ermmm...sudah lebih 2 bulan 5 hari baru nak taip entry pasal nie..maaf yer kak long Batrisyia.. Happy Belated Birthday Batrisyia!!
 
Kebetulan 03032012 adalah hari Sabtu, so kek diawalkan sehari sebab Sabtu Taska cuti.  Malam Jumaat Umi dah siap buat kek tapi tak sempat nak deco..dengan harapan sempat la deco time rehat Jumaat. Tahun ni takde dah kek coklat..tukar kek span pulak..

baru kuar oven

Malam tu jugak baru nak packing goodies untuk kawan2 Batriyia. Kebetulan mak dan adik2 ada kt rumah, so ramai la kakitangan yang menolong..TQ semua.. 

dah siap packing

Esoknya lepas ambik Batrisyia di Tadika jam 12.30 terus mulakan projek mendeko kek..bab ni yang agak sukar sebab setahun 2-3 kali je buat..macammana nak pandai..hehehe. Tengok jam dan pukul 2, alamak sempat ke ni, apalagi..kek pun jadi satu kaler je la..pink!! dengan bunga-bunga pun pink, bezanya ada tone je sikit..takpe2..tahun depan akan ada skill improvement kot..hehehe

 Dah siap!!! Tulisan tak cantik..

Sebab ramai ada kat rumah, so kena la beli kek lagi satu, takkan hantar ke Taska ja kan...orang kt rumah pun nak makan jugak..nak buat dah takde bahan..

Dengan baik hatinya Alang nak sponsor kek, so petang jumaat jugak cik Tipah pi beli kek...3 hari baru abis kek ni..


Untuk Batrisyia, Umi Sentiasa Mendoakan Yang Terbaik Buat Kamu!!







Monday, April 30, 2012

Sport Day Alif Ceria



Alkisah Batrisyia dan hari sukan Tadika Alif Ceria. Semua gambar ni ambik kat FB Alif Ceria je..tadika siap ambik photographer untuk event ni..

7.30 pagi kitorang bertolak dari rumah ke Mini Stadium Uniten. First time pergi event anak, so agak teruja jugak..apa agaknya keletah anak nanti. Kitorang sampai orang memang dah ramai, so kena la duduk jauh sikit..kerusi depan semua dah penuh. Batrisyia dan ikut teacher..sarapan dulu kot..

Tunggu punya tunggu, semua kids pun keluar ikut rumah masing2. Rupa-rupanya ada perbarisan dan pertunjukan. Umi pun apalagi, terus turun bawah nak ambil gambar. Time ni agak lama juga teachers nak susun semua budak2. Pagi2 ni macam2 kerenah ada,  so event pun jadi lambat sikit..


Bila dah settle semua, rumah merah pun jalan dulu, walaupun berterabur tapi siap ada kawat left right tu..memang comel2 la budak2 ni..

Maskot Ladybird

Mula2 mesti baca doa dulu kan, pastu negaraku..pastu nyanyi2 dan gelek2 pulak...pastu lagu rumah..Batrisyia  nyanyi kat rumah sikit jer..."Red The Warrior, Red Is Number One, Red Is The Best" rupanya panjang lagi lagunya..


Nyanyi2

Dah siap semua, bermulalah acara sukaneka..Batrisyia masuk 2 acara, bawak uncang atas kepala dan bawak bola dalam sudu..Tengok Batrisyia main, terasa cepat benar masa berlalu, dah besar anak Umi..dah pandai suaikan diri..



Kebanyakan game, rumah merah dapat no.3 n 4. Ada jugak game dapat juara..tetapi keseluruhannya Red House dapat no.4. Nombor tak penting kan..asalkan semua happy. Walaupun Red Is Number 4, Red Still The Best...kan Batrisyia kannnn....
R sudah hilang!!

Lebih kurang pukul 12.30 baru semuanya selesai. Alhamdulillah..cuaca cerah je, tapi agak panas jugak. Kesian jugak tengok budak2 dan teachers kumpul tengah panas masa nak ambik hadiah...tapi semangat punya pasal..semua ok je. Adik Najihah pun tak banyak kerenah, sanggup tak tido sampai habis, tak tau la dah berapa kali cuba tidokan..dia tak nak jugak..


Dah sampai rumah, semua dah letih..tapi Batrisyia langsung tak tido sampai ke malam..semangat kesukanan sampai ke rumah tak abis...

Tuesday, March 6, 2012

mini Muffin

Assalamualaikum..

sekarang dah gila buat mini muffin pulak...rasa best pulak sebab cepat dan mudah...yang lambatnya nak tunggu masak le..nak kena masak banyak kali..






Macam biasa, en.suami rajin bawak ke ofis, so takde la nak kena makan semua kan..mau tambah gemuk asyik makan kek saje...hehehe...


Minggu lepas plak ada jamuan kat ofis, saya ditugaskan buat kari untuk roti jala..memang tak pernah masak kari sebanyak tu..so hentam saja la..asal sedap kat mulut sendiri, mesti orang lain pun boleh makan kan...(nak sedapkan ati sendiri..hehehe)



Sesambil buat kari, buat jugak blueberry muffin untuk kawan-kawan ofis. Kali ni beli tepung premix je..dah nak cepat...Lepas ni en.suami suruh buat untuk kawan-kawan ofis dia pulak..tunggu la mood rajin mai balik..sebab nak kena siapkan baju kak ani dulu..hehe

Wednesday, January 25, 2012

Tudung Lycra

Dah naik basi baru ada mood nak menaip..
Alkisahnya saya dapat tempahan jahit tudung dari Jijah..ambik upah jahit je, 20 lai. Dah lama tak jahit tudung, sebab dah banyak pilihan sekarang..beli je senang..hehehe.

Tudung lycra ni takde awning keras, so kena berhati-hati sikit nak jahit..takot kain lari..(faham ke? hentam saja la)..dah lari nanti abis senget benget...dah siap rasa macam best plak tengok, senang nak basuh nanti..so saya try buat satu untuk diri sendiri....konon2 nak tukar syle la..tapi kan..memang tak sesuai..muka bulat..hehehe

Dah siap, semua putih je, Jijah kata untuk nurse. Jahit tudung lagi cepat dari jahit baju..masa pun jimat..duit pun lebih..hehehe





dah alang2 buat tudung, buat sekali untuk Batrisyia, sian dia asyik pakai tudung Umi ja..dah la labuh sampai punggung....nasib la banyak lagi baki kain time rajin2 dulu...




Tuesday, January 10, 2012

Headband & Brooch

Assalamualaikum.. ermm..dok pikir macam nak tukar tajuk je untuk 2012, tapi takde idea plak....biar dulu la tak berformat lagi... so entry pembukaan untuk 2012..pun takde idea nak taip apa..layan gambar je lah.. kerastangan beberapa minggu yang lepas..










Macam biasa, kena la ada model yang nak pakai..hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...