Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 26, 2013

Ramadhan Competition

Assalamualaikum..
Hari ni nak share sikit akiviti Batrisyia kat Tadika Alif Ceria..
Bulan Ramadhan lepas Batrisyia ada terlibat dengan competition antara semua cawangan. Anak Umi bertanding solat terawih. Ini program tadika sahaja so parents tak dapat la nak tengok..

Gambar ni saya ambik kat FB Alif Ceria..mohon share yer teacher..thanks a lot sudi upload untuk tatapan ibu bapa..
Jom cuci-cuci mata tengok telatah anak-anak kecil ini









Dapat hadiah tapi tak tau la ada nombor ke tak sebab bila tanya sapa menang...Batrisyia tak bagi jawapan..huhhuhuhu


Tuesday, September 24, 2013

tudung 2 layer & shawl

Assalamualaikum..
Mood nak tambah koleksi tudung datang lagi...koleksi la sangat kann...
kali ni saya cuba buat shawl dan tudung 2 layer tanpa awning.

Asalnya kain 2 tone ni terjumpa kat Nagoya dah lama dah..tapi terbeli 1 meter pulak. Konon-konon nak buat tudung 4 segi tapi bila lipat-lipat macam pendek pulak. Jadinya saya potong 2 dan sambung balik maka jadilah shawl yang panjangnya 2 meter..puaslah nak lilit-lilit...

 ada lagi 2 meter x tau nak buat apa


Kain untuk tudung 2 layer tu pulak beli sama dengan tudung hari raya lepas tapi baru sekarang nak buat..sebab daah takde awning keras terpaksalah buat ala syria je..tapi kan takde awning lagi senang nak basuh.

Kali ni jahit tepi kat rumah jugak sebab alang-alang pulak nak pi kedai semata-mata nak jahit tepi. Nak keluar rumah dah kena kira bajet minyak berbaloi ke tak..huhuhuhhu. Dengan semangat kerajinan yang tinggi (kalau rendah memang tak jadi la..), terpaksa jugak tukar setting mesin jahit tepi tu untuk dapatkan kehalusan yang bagus...dan Alhamdulillah..menjadi la jugak..lebih baik dari setting sebelum ini. Apalagi, mesti la kena buat SOP bertulis (sblm ni asyik ingat2 lupa sebab SOP maya), nanti senang nak ubah bila-bila masa kan..

Inilah hasil dah siap..




Friday, August 16, 2013

Tudung Batrisyia

Assalamualaikum Semua...

Bulan ni rajin pulak nak kongsi cerita.. kali ni pasal tudung Batrisyia pulak.
Balik kampung haritu tertinggal tudung lagi..setakat ni dah dua tudung tertinggal..masa balik lupa pulak nak cari. Bila dah balik sini mula la sibuk cari tudung nak ke sekolah. Kebetulan minggu ni masih lagi cuti sekolak, jadi tak best pulak kalau pakai tudung sekolah dengan baju biasa..jadi umi yang masih belum start menjahit (padahal ada lagi tempahan tak jahit..mood raya kununnyaa), mula la menyelongkar kotak2 lama..dan jumpa la baki kain lyra masa rajin jahit tudung sendiri dulu2... gambar bawah ni yang berbaki, rupaya yang tak potong langsung pun ada lagi..tapi dah tak minat pulak nak buat lagi sebab takde mood lagi nak pakai..hehehe. Dok pikir-pikir buat kain kembang pun ok gak ni.. (pikir je pun dah kira ok la, jadinya belum tentu)..


Sambil-sambil mencari kain, sambil-sambil jugak mengemas bilik menjahit tu..rupaya dah dua plastik kain perca nak kena buang..dulu sayang konon, tapi kain cotton tetap ku simpan..penting tu. Orang lain kemas rumah sebelum raya, saya mengemas lepas raya..ok la kot..raya kan kat kampung

Walaupun kat atas tu tunjuk banyak kain, tapi saya buat satu jer dulu....sebab dah malam dan nak pakai esoknya..so jangan tamak..

Dah siap potong, terus jahit...tapi bahagian tepi tu memang malas nak jahit mesin lurus sebab kain ni payah nak jahit..dia main lompat-lompat pulak. Pikir punya pikir teringat dulu pernah beli tapak jahit tepi halus..apakata cuba dulu..sebelum ni memang tak guna sebab nak kena tukar setting..leceh wooo..(rasa macam nak beli lagi satu je kan..agaknya bila la boleh dapat)..


siap potong

Bila dah try, wahhh..boleh guna rupanya walaupun tak tukar setting, tapi agak besar dari biasa la..takpe kan Batrisyia..masih lagi dalam ketegori jahit halus tuu (sedapkan hati)..hehehehe

Inilah hasilnya...

jahit tepi halus mesin sendiri


siapp!!



Monday, August 12, 2013

Persiapan Aidilfitri 1434 H

Assalamualaikum...
Dah 5 hari raya..dalam bilik ni hanya ada 2 orang je yang bekerja..yang lain masih mood berhari raya. Kami sekeluarga dan sampai sini sejak jumaat malam lagi..amat lengang putrajaya..blok rumah jangan cakap la..ada jugak 1 @ 2 wakil rumah yang nampak cahaya..

sebenarnya bukan nak cerita pasal lepas raya..tapi pasal tudung chiffon 2 layer yang pertama kali try buat..
lagi seminggu nak raya baru pi Jakel cari kain..orang tak payah cakap la..walaupun lagi seminggu tapi masih ramai, tapi yang ramainya beli baju melayu dan baju yang dah siap. Baju melayu dah tentu la baju Aaron Aziz yang paling ramai dok pilih..sampai nak jalan pun payah..

Dah lama teringin nak jahit tudung 2 layer @ 3 layer sendiri tapi takde masa nak pi cari kain..bukan sibuk sangat pun..tapi macam alang2 pulak pi shah alam semata-mata nak beli kain tu jeee..(tapi kalau benda dan minat sangat sanggup je pi :)..

Senang Jakel ni...pekerja kat situ akan ikut kita sampai selesai cari semua kain..tempat lain tak tau pulak macam mana sebab jarang pergi. Mula2 nak ambik kain cotton silk, tapi mahal kot..so pilih la cotton lain (dah lupa nama). Rasanya macam tak berapa sesuai kain cotton untuk badan macam saya tapi redah je la..asalkan selesa kann...Cadangan asal nak beli shawl tapi tergatal mulut pulak pi tanya ada chiffon untuk tudung tak? Sekali dia tunjuk kain...wahhh rambang mata kott..macam nak ambik banyak2 jaaa..nasib baik RM bawak cukup2 ja..selamattt..dalam kepala dok pikir nak buat shawl la, 2 layer la..3 layer laa..huhuhhu..tamak

Akhirnya lagi 2 hari nak balik kampung..jadi jugak lah tudung 2 layer tersebut..brooch tu dapat pulak RM10 untuk 2..murah kan... try 2 layer dulu..takut pulak tak jadi kalau buat 3 layer..yang penting mesti sedondon untuk umi dan batrisyia..untuk adik tahun depan ye..

pandangan depan

pandangan sisi

Muka dah penat berjalan satu kampung, tudung pun dah senget2

pasal baju pulak..asalnya nak jahit biasa je..tapi terpengaruh tengok baju Min dengan border lace...siap letak kat hanger gantung depan pintu sebab nak tengok border lace tu..akhirnya terbeli jugak masa pi kedai nak jahit tepi tudung. Takde pilihan sangat pun..tapi nasib ada jugak yang berkenan. Untuk Batrisyia dan Najihah, umi kongsi lah yee..sorang kat tangan, sorang kat bawah baju...tapi setelah petang 1 Syawal Batrisyia terperasan bajunya takde bunga di bawah!! Jenuh la Umi nak bagi jawapan...


sekian untuk entry kali ini..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, May 14, 2013

ADA BOM KE??

Macam gempak je tajuk kann...memang gempak pun..segempak hati dan perasaan ketika itu..
Cerita ini diabadikan dalam blog untuk kenangan akan datang..

Ceritanya pagi tadi dapat call dari cikgu Taska Najihah...
Cikgu :"Kak, datang ambik Jiha ni, ada emergency"
Umi : "Kenapa?"
Tiba2 dengar cikgu bercakap belakang jer..fuhh suspend sangat-sangat ni...kenapa pulak anak aku..jatuh ker..sakit ker..jantung dah dup dap, mata dah berair..
Umi :"Hello..hello...hello"
Cikgu:"Takpe la kak, tak ambik pun takpe"
Umi:"Kenapa ni, cakap la" (lagi takut dah)
Cikgu: "Kat sini ada ancaman bom, tapi ok ja, kitorang dok kat luar ni. Kalau nak ambik pun boleh, tak ambik pun boleh"
Umi :"Ok2, tq"

Takkan la tak ambik pulak kan..dah la tak nampak keadaan kat sana macam mana, ntah2 kat mana anak2 tu duduk..lagi kesian yang masih baby. Saya terus call husband pergi tengok anak, naik motor senang sikit, takut jalan dah kena blok..
Alhamdulillah, semuanya ok, menurut kata orang-orang kat situ, maybe 4 jam juga nak settle siasatan..so abah ambik Najihah bawa balik..kesian tengok...dengan tak pakai selipar, muka pun mcm tengah tido ja..
Agaknya macam mana cikgu2 kat situ nak handle ramai budak2 dengan keadaan kelam kabut macam tu..terima kasih ya cikgu-cikgu..

Pukul 11:40 pagi cikgu mesej bagitau dah selamat semua. Alhamdulillah..

Agaknya apa la dendam orang yang buat panggilan palsu tu yer..dia dah berjaya menghuru harakan hidup semua orang dalam bangunan tu dan juga dia patut tau..bukan orang dalam bangunan tu sahaja, orang luar bangunan macam saya turut amat terkesan. Dia patut tahu, kat situ ada kanak-kanak tidak berdosa yang tak terlibat pun dengan dendamnya...

tiba-tiba terbayang ibu-ibu di Palestine, macammana perasaan mereka bila anak-anak sentiasa terancam dengan senjata dan bom. Saya yang diuji dengan panggilan bom palsu pun tak mampu nak gambarkan perasaan dengan kata-kata..

Tuesday, January 22, 2013

HOMEMADE DRESS

Assalamualaikum...

Akhirnya berjaya jugak buat gaun untuk anak-anak umi. Gaun yang sangat simple utk percubaan pertama..InsyaAllah, akan dinaiktaraf pada masa akan datang...(harap2 rajin la)..

sebenarnya kain yang digunakan adalah kain recycle dari kawan-kawan yang tempah baju. sekarang ni ramai pulak yang suka tempah kain cotton , so pucuk dicita ulam mendatanglah..hehehe..walaupun  kain lebihnya sebesar saiz A4, tetap jugak disimpan...dah penuh sekotak..tunggu rajin nak buat je..

inilah hasilnya...setelah diphotoshopkan...tetiba rajin plak nak edit walaupun tak pandai..sebab ada cikgu kat sebelah yang pandai sangat photoshop..tima kasih na..


baju kakak

baju adik

Thursday, January 17, 2013

Tempahan Barut

Dua bulan lepas dapat tempahan jahit barut dari seorang kawan..sebenarnya lebih kepada jual kot sebab kain saya yang carikan. 

kawan saya ni nak 10 helai, so saya buat 2 jenis kain, guna kain cotton flannel dan kain cotton biasa..dan warna dia nak putih jer...ikut hati nak jer buat yg ada corak2..

Part tali pulak, saya buat tali sendiri dan juga tali yang dah siap (mcm reben kain). pendapat saya, tali sendiri lebih kukuh dan senang basuh tapi leceh la nak buat..hehehehe

Alhamdulillah, dapat siapkan dalam bulan Disember tahun lepas...jom tengok..sapa nak angkat tangan..(hehehe...tetiba pulak)


 cotton flannel tali reben kain

  tali jahit sendiri..

cotton biasa


Gambar kat bawah ni pulak dinamakan diaper stacker..time rajin menggoogle, terjumpa dan terbekenan..so terbuat lah jugak. buat simple ja..konon-konon nak try dulu, pastu nak buat besar sikit..tapi sampai harini dok kecil tu jer la...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...