Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 10, 2011

EDISI 2/2011
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Edisi kedua kali ini adalah sambungan cerita perkahwinan cik Tipah lagi. Apa yang saya buat masa majlis kahwin? Sebelum tu saya nak tunjukkan hantaran yang kami buat sendiri..main hentam saja last minit..hehehe. Kebanyakannya adalah recycle dari barang hantaran semasa majlis pertunangan.

Banyak juga hantaran, ramai pulak yang sponsor

Seterusnya pasal meja makan untuk pengantin, 100% buat sendiri (nak jimat kan..). Bunga, butterfly, set pinggan mangkuk, kotak tisu ditaja oleh Cik Andam a.k.a pengapit (sepupu saya) dan maknya. Terima kasih ya..tak terbalas rasanya. Langsir putih kt belakang tu recycle dari majlis saya 2006. Saya letak dalam bilik nak cover dinding, pastu terus simpan dan akhirnya ada jugak gunanya. Kalau ikut hati nak bawa ke Putrajaya je gantung kt tingkap. Tapi simpan dulu la kot2 Cik Pizah nak kawin pulak. Kitorang letak kt belakang tu nak tutup tingkap, ni pun keja last minit.


Cerita pasal meja pulak, alas meja guna kain langsir yang terlebih tu. Muat2 pulak meja tu, jadi xde la sia2 saya tersalah kira. Alas yang merah tu (mak panggil saprah) mak order dengan Mak Cik Na dari Kelantan..jauh tu. Asalnya atas meja penuh bunga, tapi cik Pengapit dah turunkan kat bawah sebab susah pulak nak makan.

Cik Pengapit tengah senduk nasi, ada lagi tempat kosong tu

Kali ini lauk untuk pengatin dimasak sediri oleh saya. 2 jenis jer, yang lain sama je macam tetamu makan. Macam x percaya jugak, saya yang x pandai memasak ni boleh je buat..hehehe. Dari pagi dah kt dapur dok test resepi. Udang mula2 salut tepung, tak jadi..Pak Teh suruh goreng biasa je lepas perap dengan jintan+bawang+(lupa pulak). Okla, tapi lupa pulak nak cucuk kt lidi dulu. Akhirnya baru la jadi, cucuk dulu baru goreng. Resepi kedua siakap 3 rasa. Khidmat nasihat Pak Teh jugak. Nak goreng ikan takde masalah, nak buat kuah saya hentam je, janji ada rasa kann.. Akhirnya dekat jam 12 siap jugak, mana tak lama...udang 2 kilo, ikan 5 ekor. Next, hiasan diserahkan pada mak2 sedara yang memang dah standby dengan mcm2 hiasan. Rasanya ok kot sebab habis jer lauk yang saya masak tu..

close up udang cucuk2 (nama resepi macam x best jer)

Disebabkan jadi orang belakang tabir je, so tak sempat la nak bergambar lebih2. Nasib la ada jugak dengan tok dan Batrisyia (flower girl tak jadi sebab nangis takut).. Nak cerita sikit pasal flower girl ni, mula2 dah ok, ikut je pengantin pi sambut pengantin lelaki. Tiba2 time nak jalan sama2 tu boleh pulak nangis tak mau jalan sebab Cik tipah nak jalan ngan En. Nizam. Apa lagi kena dukung la pulak, tapi bunga maintain je pegang xmau lepas2.

ermm..rasanya setakat ni je citer majlis perkahwinan Cik Tipah. Sekarang pun dia dah pragnent, so projek saya seterusnya nak buat barut dan yang seangkatan dengannya pulak..Insyaallah.
Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...