Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Bebola Kentang Berinti Cheese

Assalamualaikum..
Minggu ni kurang sibuk di ofis..so balik rumah tak la penat sangat..boleh la layan masak-masak.
Asalnya Min mula bukak cerita pasal bebola kentang ni..dia cakap senang je kakak dia buat..bubuh tepung ja..ni yang semangat ni..sebab senang..huhuhu

Kebetulan memang nak pi cari barang untuk buat kek batrisyia..jadi beli sekali bread crumb tu..pastu singgah beli ubi kentang..kali ni tak sempat nak google resepi..main bantai ja rebus kentang..bubuh garam sikit..dah empuk terus lenyek panas-panas..dah sejuk terus buh tepung..

lepas tu ajak la batrisyia join membentuk bebola..harus la dia seronok..macam2 saiz ada..untuk cheese saya guna yang keping2 tu..tu ja yang ada masa tu..

masa untuk menggoreng...golek dalam telur..golek pulak atas bread crumb..goreng..siap!!

ni lah hasilnya..dah tinggal separuh..


Esoknya batrisyia request nak bawak bekal ke sekolah...tapi dia tak mau cheese..nak sos je..ini anak memang melayu tulen..
Sampai harini  dah 4 hari berturut-turut bawak benda yang  sama...tak jemu-jemu kot..


hujung minggu ni projek rainbow cake pulak..ni pun batrisyia yang mintak..dia dah tak mau kek coklat untuk birthday dia..huhuhuhu..sudah pandai demand pulak..

harap-harap menjadi la kek ituuu..kita buat sama-sama ye batrisyia

Monday, December 10, 2012

ROTI PURI OLEH ENCIK SUAMI

Alkisahnya petang semalam nak pergi JOM MAKAN BUAH @ PUTRAJAYA dan bawak anak-anak main kat dataran masjid. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah S.W.T juga yang menentukan...sekarang kan musim hujan...

Petang yang sejuk dan mendung, mulut pun mula la nak mintak makanan..tetiba Abah cakap nak buat Roti Puri..umi pun terus sokong 200%..maklumla ada orang nak masak..kita makan aje..

Agak lama juga tak post pasal masak-masak ni, sebab memang dah lama tak mencuba masakan baru..konon2 diet..hehehehe ( kurus la sangat).

Dah siap uli dan perap 30 minit, bermulalah acara memasak. Abah buat Roti Puri, Umi buat kuah sardin..yummm..yummm

Inilah hasil cubaan pertama Roti Puri oleh Abah..sedappnyaa...(bila lagi nak puji kan....)


Dalam kuali


 siap dengan kuah sardin sekali

Sekian....

Monday, October 31, 2011

EDISI 11/2011 (KEK CARROT)

Assalamualaikum..

Malam tadi saya cuba buat kek karot. Seumur hidup tak pernah makan, apatah lagi nak buat. tapi tangan ni gatai2 jugak nak buat. alkisahnya dapat resepi dari kak ton, kat mana dia print tak tau la pulak. tengok resepi macam senang ja..so saya cuba dulu. resepi kak ton masak kukus, tapi saya tukar bakar je.

Resepi asal telah diubah sebab saya guna minyak masak je dan beberapa bahan yang tak ada, saya tak letak..dah siap bakar, inilah hasilnya...loyang besar sangat..




Tak tau la jadi ke tak sebab tak pernah makan..try google gambar nak tengok sama ke tak..hehehe..macam2 style kek pakcik google tunjuk..hentam saja lah..dah masak pun..


Kalau buat kek memang kena bawak ke ofis, sebab mana larat nak makan 2 orang je kat rumah. Nasib la kawan-kawan..dapat kek ntah apa-apa. Korang makan jugak walau apa pun rasanya...(paksaan ni). Sejuk sikit potong-potong masukkan dalam bekas..siap!! Dah boleh tido...

Friday, October 21, 2011

EDISI 9/2011 (MASAK LAGI)

Salam semua..
ermm..masih cerita masak-masak tapi kali ini orang lain pulak yang masak. Encik suami terasa nak buat tepung talam dan dengan gembiranya saya terus menyokong..(sebenarnya memang nak suruh pun..)

So, dua hari lepas kitorang bersarapan tepung talam..sampai minum petang la nak abiskan satu loyang..tak lupa juga tapau untuk kawan-kawan dia..
tepung talam comot!!


Pagi ni pulak saya buat kek pisang, ni kali kedua buat..yang pertama cari resepi tak jadi..bantat. Dengan berdebarnya buat lagi kali ni tapi rasanya jadi kot sebab guna tepung kek. Terbeli masa beli choco powder aritu. Senang jer, dia tulis cuma tambah telur, pisang dan minyak jagung. Sebab takde minyak jagung, saya guna minyak masak je.

Inilah hasilnya..sedap juga..hehe..


kek pisang..yummm..


Agaknya minggu ni ja boleh rajin masak-masak..lepas ni kena fokus jahitan plak..dah banyak kain tak terjahit lagi tu...huhuh. Mampukah?..


Sekian..

Tuesday, October 11, 2011

EDISI 6/2011 (APAM BERAS)

Masih lagi dalam mood masak-masak. Kali ni untuk resepi apam beras pulak. Dah 3 kali buat, alhamdulillah..rasanya ok kot. Resepi yang mudah dan bahan-bahannya juga memang dah ada kt dapur..

Apam Beras yang telah siap dikukus..


Masih dalam loyang, tunggu sejuk nak potong..

Siap dipotong..sedia untuk makan..tunggu Abah dan Batrisyia balik dulu

Sekian, entry yang pendek je, Najihah dan bangun. Wassalam...

Monday, October 10, 2011

EDISI 5/2011 (PAU)

Sedar tak sedar cuti tinggal lagi 2 minggu ja. Cepat pulak rasanya. Masa nak tunggu habis pantang tersangat lah lambatnya. Walaupun dah lama bercuti tapi saya belum mula menjahit lagi. Kain lama pun masih ada yang tidak berjahit. Tunggu mood rajin datang balik..hehehe

Sekarang mood rajin untuk memasak. Masa ni la nak cuba beberapa resepi yang dah lama teringin nak buat tapi takde masa (alasan la tu). Dua hari lepas saya buat pau. Saya guna tepung pau Blue Key. Resepi pulak tak ingat ambik kat mana...rasanya dalam Myresepi kot. Banyak sangat saya cari resepi dan simpan buatnya tak jugak.

Ok, inilah pau yang dah siap untuk dikukus. Pelbagai saiz ada..Berdebar jugak nak tunggu masak..jadi ke tak?


Inilah hasilnya setelah dimasak. Inti pau guna kaya yang dah siap je. Nanti nak cuba buat inti kacang hijau pulak. Cubaan pertama, xdela gebu sangat tapi boleh la buat makan untuk family..


Sekian untuk edisi kali ini..Wassalam

Wednesday, April 6, 2011

Edisi 3/2011 (makan-makan)

Assalamuaikum..
Edisi kali ini pendek je, nak cerita pasal tepung gomak a.k.a abuk-abuk. Alkisahnya en.suami nak makan abuk-abuk, siap order dari kampung. Kebetulan pulak mak nak datang, jadi serbuk kacang dah siap2 bawak dari kampung. Hari nak buat tu, kelapa parut pulak tak ada dan esoknya mak dah nak balik kampung. So, mak pun bagi la resepi by mulut je. Main ingat2 je la sebab mak kata senang je. Esok malamnya dengan semangat berkobar-kobar saya buat intinya. Biar sejuk dulu, baru bulat2 kan dan simpan dalam peti sejuk. Paginya bangun awal sebab nak buat sarapan abuk-abuk..dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya..jadilah abuk2 air tangan sendiri. Walaupun kurang manis, tapi bolehla untuk makan kami berdua..heheh

tepung gomak @ abuk-abuk

Sejak kamera dah rosak dan laptop cik tipah dah bawak balik kampung, saya makin bertambah malas nak menulis di blog. Tak best pulak kalau menulis xde gambar kan..Ambik gambar guna handphone je la walaupun susah pulak nak upload ke PC. Rasanya cukup untuk edisi kali ini, sambung lagi akan datang...wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...