Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 8, 2014

baju melayu baby

Assalamualaikum
projek minggu ini bertajuk baju melayu pertama saya..
pertama kali buat baju melayu untuk baby..sebenarnya dah niat dalam hati nak belajar buat baju melayu bila dah ada anak lelaki nanti..tapi kita hanya merancang..Allah S.W.T yang menentukan..

Pendek cerita baju ni untuk Baby Intan sempena majlis Akikah dan Cukur Jambul. Mulanya tak berani jugak nak mencuba tetapi Intan macam bagi harapan tak cantik pun  ok ja asalkan ada baju baru. Part baju tu ok la..macam baju kurung jugak tapi part seluar memang tak pernah buat..Tambahan dari Intan, tanjak dan sampin

Alhamdulillah..ramai tak kedekut ilmu..saya tanya je encik gugel macam-macam tutorial ada.
ini lah hasilnya..tapi tak dapat nak tengok baby pakai secara live





gambar baby comel ehsan dari mamanya..tq Intan!!


Monday, June 30, 2014

Alif Ceria Reading Competition 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Minggu lepas 21 Jun 2014, Batrisyia join Reading Competition antara cawangan Alif Ceria. Ada 3 kategori, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi. Alhamdulillah, Batrisyia dicalonkan dalam kategori Jawi.


Ceritanya, kat rumah takde pun buku JAWI untuk ulangkaji..jadi dua malam berturut-turut keluar ke kedai buku nak cari bahan bacaan. Nasib kurang baik, tak jumpa pulak kat Putrajaya ni..tu la, dah dekat tarikh baru nak kalut..kesian Batrisyia...tak dapat nak ulangkaji kat rumah..Redha je la..moga-moga apa yang dia belajar di sekolah dia akan ingat.

pada hari kejadian, berdebarla umi dan abah sebab tak dapat nak dengar Batrisyia membaca di rumah. Hanya doa dan tawakal ja yang mampu buat, semoga anak umi berjaya. Pukul 6.30 pagi Batrisyia dah bangun..semangat anak umi ni..ke berdebar..hihihihi

Kategori JAWI hanya untuk budak 6 tahun, dan hanya 4 orang yang masuk bertanding. Disebabkan kategori JAWI akhir sekali, jadi Batrisiyia kena tunggu 30 peserta sebelum gilirin dia. Daripada duduk kat kerusi sampai la berlari-lari keliling dewan, kesian teachers nak melayan...
Menunggu giliran, lagi 4 orang..yang lain dah berlari-lari

Dah habis kategori untuk budak 4 Tahun, Batrisyia terlibat dengan persembahan dulu.. nyanyi lagi rakyat

 Akhirnya tiba jugak giliran Batrisyia..Alhamdulillah..walaupun tidak lancar, anak umi dah boleh membaca JAWI..
Fokus!! Adik sibuk berlari nak ikut kakak

Akhirnya keputusan pun diumumkan..Alhamdulillah..Tahniah Batrisyia!!! Semoga menjadi contoh yang baik kepada adik-adik nanti...Amin



Ni ja peserta yang tinggal..ramai dah balik dulu



Wednesday, April 16, 2014

Kek Tiramisu

Assalamualaikum
hari ni nak cerita pasal kek tiramisu pulak..
sebenarnya dah lama teringin nak buat kek tiramisu sendiri tapi dok membayang macam susah jer..
tetiba pada suatu hari terborak dengan kawan lama Cik Tim pasal kek tiramisu..Cik Tim cakap senang jer dan dia bagi link satu blog ni...menggunakan biskut lady fingers. Jakun sekejap pasal pertama kali dengar ni..

zaman dah senang..time tu jugak tanya encik google rupa bentuk lady fingers tu..hehehe..kemudian terus kaji resepi yang dah diberi..rasa macam tak susah je..

kali ni try beli barang kat kedai Polymart Dengkil pulak..kebetulan nak cari barang lain kat Dengkil tu..Alhamdulillah..jumpa jugak lady fingers kat situ. Ni ha rupa bentuknya



Tiba lah masanya memulakan misi membuat kek tiramisu..kebetulan Batrisyia dah tido..jadi takde la penolong chef nak membantu..cepat sikit boleh siap..ehehe

Saya ikut semua yang tertulis kt resepi tu tapi menderhaka sikit sebab gula castor x cukup..jadi saya ganti dengan susu pekat ikut suka hati manis..nescafe pun buat cair je..takut pahit ke apa nanti..

Inilah hasilnya, bubuh dalam tupperware ja..nanti senang nak bawak pi ofis..
untuk sepeket biskut tu boleh buat 2 kali dengan saiz tupperware seperti di bawah..


Agak-agak sedap tak nih? ermmm... mestilah sedap!!!..hahahaha

Monday, March 3, 2014

Happy Birthday Nur Alya Batrisyia

Assalamualaikum..
Hari ni Batrisyia dah 6 tahun...cepat betul masa berlalu rasanya..dah besar anak umi

Cerita pasal kek pulak..sebenarnya nak hantar kek ke tadika hari ini tapi dah tukar plan.
Petang Khamis teacher bagitau suruh bawak kek hari Jumaat sebab ada Birthday Celebration untuk Bulan Jan-Feb. Alang-alang boleh join sekali..meriah sikit katanya..

Jadinya balik rumah terus buat persediaan untuk buat kek..first time nak buat kek pelangi ni..cuak jugak takut tak jadi..kalau buat hari ahad boleh la try dulu..

Resepi saya dah google awal-awal..jadi terus print mana yang berkenan..saya pilih dari blog ini resepinya.

bila dah siap adunan..terus bubuh dalam loyang..agak2 jer..tak bahagi enam siap2 pun..ikut resepi atas tu boleh dapat 6 layer, tapi saya dapat 4 layer ja..xtau la salah apa..tengok tak bantat pun kek tu..sebab nak puaskan hati..satu layer jadi tester la..Alhamdulillah..rasa dah ok..layer ja tak cukup..

Makanya buat lagi satu adunan..nasib beli barang lebih..butter plak terpaksa ganti dengan margerin sebab tu ja yang ada..nasib kek masih ok

Batrisyia tak sabar nak deco keknya tapi sampai pukul 11 pun blom siap lagi..nak deco kena tunggu sejuk dulu kan..sampai tertido akhirnya batrisyia..takpe pagi esok sempat lagi..

Sementara tunggu adunan kedua..saya susun 4 layer yang dah sejuk tu..tak sabar nak tunggu hasil..hehehe




Akhirnya pukul 12 semua dah siap..biasa la..deco saya memang out la..saya bukan pakar..hehee



Paginya Batrisyia buat sentuhan terakhir..tabur 'heart' katanya..tadaa..dah boleh bawak pergi school


HAPPY 6th BIRTHDAY BATRISYIA!! Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..May Allah S.W.T Bless Us Forever. Umi, Abah and Adik always LOVE u....Ameenn

Thursday, February 27, 2014

Bebola Kentang Berinti Cheese

Assalamualaikum..
Minggu ni kurang sibuk di ofis..so balik rumah tak la penat sangat..boleh la layan masak-masak.
Asalnya Min mula bukak cerita pasal bebola kentang ni..dia cakap senang je kakak dia buat..bubuh tepung ja..ni yang semangat ni..sebab senang..huhuhu

Kebetulan memang nak pi cari barang untuk buat kek batrisyia..jadi beli sekali bread crumb tu..pastu singgah beli ubi kentang..kali ni tak sempat nak google resepi..main bantai ja rebus kentang..bubuh garam sikit..dah empuk terus lenyek panas-panas..dah sejuk terus buh tepung..

lepas tu ajak la batrisyia join membentuk bebola..harus la dia seronok..macam2 saiz ada..untuk cheese saya guna yang keping2 tu..tu ja yang ada masa tu..

masa untuk menggoreng...golek dalam telur..golek pulak atas bread crumb..goreng..siap!!

ni lah hasilnya..dah tinggal separuh..


Esoknya batrisyia request nak bawak bekal ke sekolah...tapi dia tak mau cheese..nak sos je..ini anak memang melayu tulen..
Sampai harini  dah 4 hari berturut-turut bawak benda yang  sama...tak jemu-jemu kot..


hujung minggu ni projek rainbow cake pulak..ni pun batrisyia yang mintak..dia dah tak mau kek coklat untuk birthday dia..huhuhuhu..sudah pandai demand pulak..

harap-harap menjadi la kek ituuu..kita buat sama-sama ye batrisyia

Monday, February 24, 2014

SARUNG BATAL DAN TILAM

Assalamualaikum..
Dah lama tak bercerita di sini..alasannya penat..boleh camtu? hehehe....

hari ni entry yang pendek sahaja... sempena pembukaan tahun 2014..

hanya nak tunjuk sarung batal dan sarung tilam yang dah siap beberapa bulan lepas..tempahan dari kawan-kawan ofis..layan je la gambar bawah ni.

sarung bantal kosong dan beropol

sarung tilam beropol

sekian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...