Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 8, 2014

baju melayu baby

Assalamualaikum
projek minggu ini bertajuk baju melayu pertama saya..
pertama kali buat baju melayu untuk baby..sebenarnya dah niat dalam hati nak belajar buat baju melayu bila dah ada anak lelaki nanti..tapi kita hanya merancang..Allah S.W.T yang menentukan..

Pendek cerita baju ni untuk Baby Intan sempena majlis Akikah dan Cukur Jambul. Mulanya tak berani jugak nak mencuba tetapi Intan macam bagi harapan tak cantik pun  ok ja asalkan ada baju baru. Part baju tu ok la..macam baju kurung jugak tapi part seluar memang tak pernah buat..Tambahan dari Intan, tanjak dan sampin

Alhamdulillah..ramai tak kedekut ilmu..saya tanya je encik gugel macam-macam tutorial ada.
ini lah hasilnya..tapi tak dapat nak tengok baby pakai secara live





gambar baby comel ehsan dari mamanya..tq Intan!!


Monday, June 30, 2014

Alif Ceria Reading Competition 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Minggu lepas 21 Jun 2014, Batrisyia join Reading Competition antara cawangan Alif Ceria. Ada 3 kategori, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi. Alhamdulillah, Batrisyia dicalonkan dalam kategori Jawi.


Ceritanya, kat rumah takde pun buku JAWI untuk ulangkaji..jadi dua malam berturut-turut keluar ke kedai buku nak cari bahan bacaan. Nasib kurang baik, tak jumpa pulak kat Putrajaya ni..tu la, dah dekat tarikh baru nak kalut..kesian Batrisyia...tak dapat nak ulangkaji kat rumah..Redha je la..moga-moga apa yang dia belajar di sekolah dia akan ingat.

pada hari kejadian, berdebarla umi dan abah sebab tak dapat nak dengar Batrisyia membaca di rumah. Hanya doa dan tawakal ja yang mampu buat, semoga anak umi berjaya. Pukul 6.30 pagi Batrisyia dah bangun..semangat anak umi ni..ke berdebar..hihihihi

Kategori JAWI hanya untuk budak 6 tahun, dan hanya 4 orang yang masuk bertanding. Disebabkan kategori JAWI akhir sekali, jadi Batrisiyia kena tunggu 30 peserta sebelum gilirin dia. Daripada duduk kat kerusi sampai la berlari-lari keliling dewan, kesian teachers nak melayan...
Menunggu giliran, lagi 4 orang..yang lain dah berlari-lari

Dah habis kategori untuk budak 4 Tahun, Batrisyia terlibat dengan persembahan dulu.. nyanyi lagi rakyat

 Akhirnya tiba jugak giliran Batrisyia..Alhamdulillah..walaupun tidak lancar, anak umi dah boleh membaca JAWI..
Fokus!! Adik sibuk berlari nak ikut kakak

Akhirnya keputusan pun diumumkan..Alhamdulillah..Tahniah Batrisyia!!! Semoga menjadi contoh yang baik kepada adik-adik nanti...Amin



Ni ja peserta yang tinggal..ramai dah balik dulu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...