Ermmm...sudah lebih 2 bulan 5 hari baru nak taip entry pasal nie..maaf yer kak long Batrisyia.. Happy Belated Birthday Batrisyia!!
Kebetulan 03032012 adalah hari Sabtu, so kek diawalkan sehari sebab Sabtu Taska cuti. Malam Jumaat Umi dah siap buat kek tapi tak sempat nak deco..dengan harapan sempat la deco time rehat Jumaat. Tahun ni takde dah kek coklat..tukar kek span pulak..
baru kuar oven
Malam tu jugak baru nak packing goodies untuk kawan2 Batriyia. Kebetulan mak dan adik2 ada kt rumah, so ramai la kakitangan yang menolong..TQ semua..
dah siap packing
Esoknya lepas ambik Batrisyia di Tadika jam 12.30 terus mulakan projek mendeko kek..bab ni yang agak sukar sebab setahun 2-3 kali je buat..macammana nak pandai..hehehe. Tengok jam dan pukul 2, alamak sempat ke ni, apalagi..kek pun jadi satu kaler je la..pink!! dengan bunga-bunga pun pink, bezanya ada tone je sikit..takpe2..tahun depan akan ada skill improvement kot..hehehe
Dah siap!!! Tulisan tak cantik..
Sebab ramai ada kat rumah, so kena la beli kek lagi satu, takkan hantar ke Taska ja kan...orang kt rumah pun nak makan jugak..nak buat dah takde bahan..
Untuk Batrisyia, Umi Sentiasa Mendoakan Yang Terbaik Buat Kamu!!
0 comments:
Post a Comment