Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 19, 2011

EDISI 1/2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mulai 2011, tajuk akan ditukar kepada Edisi pulak. Konon-konon nak rajin sikit tahun ni. Untuk pembukaan tahun ni, saya nak ceritakan mengenai majlis perkahwinan Cik Tipah tahun lepas. Baru harini dapat mood nak update blog walaupun majlisnya dah 2 bulan lebih.

walaupun ini bukan majlis saya, tapi saya telah terlibat secara langsung..hehehe. Jadi saya akan ceritakan perkara yang saya telah buat bagi membantu meringankan perbelanjaan pengantin..(nama pun adik beradik, jgn berkira sangat kan)

1. Bunga Pahar & Cenderahati
Idea bunga Dip ni semestinya dari saya kan..tapi Cik Tipah yang celup2 dalam dip tu. Pastu saya tolong cantum2 jadi bunga jer.. Celup dip lagi cepat dari bunga stoking. Dah serik guna stokin, nak dapat 10 kuntum pun sakit tangan. Tapi bunga dip lagi mahal kosnya, saya dah try guna thinner biasa, rupanya tak boleh..x cantik dan kilat. So kena guna thinner untuk dip..mahal gak tu. Maka untuk jimat kos, kitorang buat bunga paling simple.

Cenderahati saya ambik idea Jijah (officemate saya). Tapi untuk jimat kos jugak kitorang guna papercup je, kain perca lebihan jahit baju banyak..guna je..free

Cenderahati kedua, coklat. Yang ni cari resepi dalam internet jer, first time buat. Alhamdulillah, rasanya macam coklat jugak..so kitorang agak jadi la kot. kalau rasa oren ke, sirap ke..mungkin la tak jadi kan...hehehe.

2. Langsir
Oleh sebab nak jahit baju, main ngan Batrisyia, sibuk(alasan je tu)..so langsir pun memang paling simple la. Mak cakap asal ada langsir baru, takpa lah. itu pun pengikatnya tak sempat siap jugak. Cik Tipah ikat dengan reben jer. Plan asal nak buat bunga2..saya kalau bab plan ok jer, tang nak buatnya yang tak ok. Kain kitorang beli kt Nilai. Yang tebal tu RM6.50/m jer, yang nipis lak RM3.80/m. Sekali yang nipis x cukup plak (salah kira)..pi lagi sekali dah harga Rm13++ kot. terpaksa la beli jenis lain. Kain tebal tu RM16.80, kedai yang sama tau. Rasa menyesal sangat x beli lebih dulu sebab berkenan nak buat sarung sofa. Jumpa paling murah pun RM9.90. Dah takde rezeki, tunggu la kot2 dia buat sale lagi.


(Nak tunjuk langsir jer, tapi takde gambar plak)


Panjang pulak entry kali ni. Sambung untuk edisi seterusnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...