Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 16, 2014

Kek Tiramisu

Assalamualaikum
hari ni nak cerita pasal kek tiramisu pulak..
sebenarnya dah lama teringin nak buat kek tiramisu sendiri tapi dok membayang macam susah jer..
tetiba pada suatu hari terborak dengan kawan lama Cik Tim pasal kek tiramisu..Cik Tim cakap senang jer dan dia bagi link satu blog ni...menggunakan biskut lady fingers. Jakun sekejap pasal pertama kali dengar ni..

zaman dah senang..time tu jugak tanya encik google rupa bentuk lady fingers tu..hehehe..kemudian terus kaji resepi yang dah diberi..rasa macam tak susah je..

kali ni try beli barang kat kedai Polymart Dengkil pulak..kebetulan nak cari barang lain kat Dengkil tu..Alhamdulillah..jumpa jugak lady fingers kat situ. Ni ha rupa bentuknya



Tiba lah masanya memulakan misi membuat kek tiramisu..kebetulan Batrisyia dah tido..jadi takde la penolong chef nak membantu..cepat sikit boleh siap..ehehe

Saya ikut semua yang tertulis kt resepi tu tapi menderhaka sikit sebab gula castor x cukup..jadi saya ganti dengan susu pekat ikut suka hati manis..nescafe pun buat cair je..takut pahit ke apa nanti..

Inilah hasilnya, bubuh dalam tupperware ja..nanti senang nak bawak pi ofis..
untuk sepeket biskut tu boleh buat 2 kali dengan saiz tupperware seperti di bawah..


Agak-agak sedap tak nih? ermmm... mestilah sedap!!!..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...