Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, April 30, 2012

Sport Day Alif Ceria



Alkisah Batrisyia dan hari sukan Tadika Alif Ceria. Semua gambar ni ambik kat FB Alif Ceria je..tadika siap ambik photographer untuk event ni..

7.30 pagi kitorang bertolak dari rumah ke Mini Stadium Uniten. First time pergi event anak, so agak teruja jugak..apa agaknya keletah anak nanti. Kitorang sampai orang memang dah ramai, so kena la duduk jauh sikit..kerusi depan semua dah penuh. Batrisyia dan ikut teacher..sarapan dulu kot..

Tunggu punya tunggu, semua kids pun keluar ikut rumah masing2. Rupa-rupanya ada perbarisan dan pertunjukan. Umi pun apalagi, terus turun bawah nak ambil gambar. Time ni agak lama juga teachers nak susun semua budak2. Pagi2 ni macam2 kerenah ada,  so event pun jadi lambat sikit..


Bila dah settle semua, rumah merah pun jalan dulu, walaupun berterabur tapi siap ada kawat left right tu..memang comel2 la budak2 ni..

Maskot Ladybird

Mula2 mesti baca doa dulu kan, pastu negaraku..pastu nyanyi2 dan gelek2 pulak...pastu lagu rumah..Batrisyia  nyanyi kat rumah sikit jer..."Red The Warrior, Red Is Number One, Red Is The Best" rupanya panjang lagi lagunya..


Nyanyi2

Dah siap semua, bermulalah acara sukaneka..Batrisyia masuk 2 acara, bawak uncang atas kepala dan bawak bola dalam sudu..Tengok Batrisyia main, terasa cepat benar masa berlalu, dah besar anak Umi..dah pandai suaikan diri..



Kebanyakan game, rumah merah dapat no.3 n 4. Ada jugak game dapat juara..tetapi keseluruhannya Red House dapat no.4. Nombor tak penting kan..asalkan semua happy. Walaupun Red Is Number 4, Red Still The Best...kan Batrisyia kannnn....
R sudah hilang!!

Lebih kurang pukul 12.30 baru semuanya selesai. Alhamdulillah..cuaca cerah je, tapi agak panas jugak. Kesian jugak tengok budak2 dan teachers kumpul tengah panas masa nak ambik hadiah...tapi semangat punya pasal..semua ok je. Adik Najihah pun tak banyak kerenah, sanggup tak tido sampai habis, tak tau la dah berapa kali cuba tidokan..dia tak nak jugak..


Dah sampai rumah, semua dah letih..tapi Batrisyia langsung tak tido sampai ke malam..semangat kesukanan sampai ke rumah tak abis...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...