Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, October 31, 2011

EDISI 12/2011 (SUKA SUKA ABISKAN MASA)

Minggu lepas Ani hadiahkan headband untuk Najihah..sukanya..cantik sangat. Dah lama kain felt duduk bawah meja, dah malas nak berkeras tangan..tapi bila tengok headband Ani, terus berkobar-kobar nak buat sendiri..balik rumah terus cari kain felt..sehari cari tak jumpa..rupanya masih ada bawah meja kat ofis..hehehe

Saya pun mula cari pakcik google cara-cara nak buat headband sendiri, banyak jugak jumpa..siap dengan gambar sekali..apalagi copy le..

ermm..masalahnya getah headband tu pulak takde, felt je yang ada..pikir punya pikir teringat plak kain jersey tudung banyak kat rumah..apakata try guna sebab elastik jugak kan..maka hari Sabtu mula lah projek headband pertama. Buat ringkas dulu, nak try boleh ke tak...


hadiah dari Cik Ani

percubaan pertama...bunga reben je

untuk batrisyia, buat lagi sepit rambut..sekarang dah pandai nak bergaya..kalau suruh pakai pun dia dah nak..so bolehla umi buat banyak-banyak..



yang ni pulak untuk tag nama adik Najihah..letak kat beg Taska..kena buat lagi satu untuk Batrisyia, nanti dia tanya pulak kenapa buat untuk adik je...susah pulak nak jawab...

depan..

belakang...

EDISI 11/2011 (KEK CARROT)

Assalamualaikum..

Malam tadi saya cuba buat kek karot. Seumur hidup tak pernah makan, apatah lagi nak buat. tapi tangan ni gatai2 jugak nak buat. alkisahnya dapat resepi dari kak ton, kat mana dia print tak tau la pulak. tengok resepi macam senang ja..so saya cuba dulu. resepi kak ton masak kukus, tapi saya tukar bakar je.

Resepi asal telah diubah sebab saya guna minyak masak je dan beberapa bahan yang tak ada, saya tak letak..dah siap bakar, inilah hasilnya...loyang besar sangat..




Tak tau la jadi ke tak sebab tak pernah makan..try google gambar nak tengok sama ke tak..hehehe..macam2 style kek pakcik google tunjuk..hentam saja lah..dah masak pun..


Kalau buat kek memang kena bawak ke ofis, sebab mana larat nak makan 2 orang je kat rumah. Nasib la kawan-kawan..dapat kek ntah apa-apa. Korang makan jugak walau apa pun rasanya...(paksaan ni). Sejuk sikit potong-potong masukkan dalam bekas..siap!! Dah boleh tido...

Friday, October 28, 2011

EDISI 10/2011 (BEG)

Assalamualaikum..
Minggu ni dah mula kerja..hari pertama kerja kawan-kawan dah tanya bila nak menjahit..ish.ish..mood tak datang lagi ni..so nak naikkan mood semula..saya buat projek pertama selepas berpantang..beg Najihah ke taska..

Beg ni saya buat kononnya nak letak barang-barang Najihah ke Taska..mula-mula potong kain dulu..sebab kain tak cukup, jadila macam2 warna. Biru untuk tapak, hijau untuk badan dan bunga-bunga untuk zip atas..



Sekali dah siap..alamak..besarnya!! cancel la nak bawak ke Taska, simpan untuk balik kampung lah..Jadinya barang Najihah tumpang je dengan beg Batrisyia, boleh bawak satu beg je..tapi kesian plak kat cikgunya nak ambil barang..nanti kena buat lain ni..cari kain dulu.

tu jer la cerita beg Najihah..so mood menjahit dah datang..hehehe

Friday, October 21, 2011

EDISI 9/2011 (MASAK LAGI)

Salam semua..
ermm..masih cerita masak-masak tapi kali ini orang lain pulak yang masak. Encik suami terasa nak buat tepung talam dan dengan gembiranya saya terus menyokong..(sebenarnya memang nak suruh pun..)

So, dua hari lepas kitorang bersarapan tepung talam..sampai minum petang la nak abiskan satu loyang..tak lupa juga tapau untuk kawan-kawan dia..
tepung talam comot!!


Pagi ni pulak saya buat kek pisang, ni kali kedua buat..yang pertama cari resepi tak jadi..bantat. Dengan berdebarnya buat lagi kali ni tapi rasanya jadi kot sebab guna tepung kek. Terbeli masa beli choco powder aritu. Senang jer, dia tulis cuma tambah telur, pisang dan minyak jagung. Sebab takde minyak jagung, saya guna minyak masak je.

Inilah hasilnya..sedap juga..hehe..


kek pisang..yummm..


Agaknya minggu ni ja boleh rajin masak-masak..lepas ni kena fokus jahitan plak..dah banyak kain tak terjahit lagi tu...huhuh. Mampukah?..


Sekian..

Sunday, October 16, 2011

EDISI 7/2011 (Alkisah Anak-anak)




Hari ni takde lagi cerita jahit-menjahit atau kraf sebabnya melayan Nur Alya Najihah. Lagi seminggu dah nak mula kerja, maknanya Najihah akan di hantar ke Taska. Dah 3 bulan anak Umi. Teringat pula masa Batrisyia masih baby, 45 hari saya dah mula kerja..jadi masa bersama Batrisyia terhad. Kebetulan mak menjaga Batrisyia sampai 4 bulan dan semuanya mak yang buat. Bila dah ada anak kedua barulah terasa menjaga anak sendiri. Tiada lagi mak untuk bermanja..hehehe.

Oleh kerana cuti pun lama, dapat la melihat perkembangan anak-anak siang dan malam. Batrisyia yang makin banyak bersoal jawab dan adik Najihah yang dah pandai meniarap. Rasa macam best pulak jadi suri rumah...yeke?

Pertama kali gambar Nur Alya Najihah dalam Blog Umi..

Saya perempuan ye..

Usaha Tangga Kejayaan!!

Kan dah Berjaya...











Tuesday, October 11, 2011

EDISI 6/2011 (APAM BERAS)

Masih lagi dalam mood masak-masak. Kali ni untuk resepi apam beras pulak. Dah 3 kali buat, alhamdulillah..rasanya ok kot. Resepi yang mudah dan bahan-bahannya juga memang dah ada kt dapur..

Apam Beras yang telah siap dikukus..


Masih dalam loyang, tunggu sejuk nak potong..

Siap dipotong..sedia untuk makan..tunggu Abah dan Batrisyia balik dulu

Sekian, entry yang pendek je, Najihah dan bangun. Wassalam...

Monday, October 10, 2011

EDISI 5/2011 (PAU)

Sedar tak sedar cuti tinggal lagi 2 minggu ja. Cepat pulak rasanya. Masa nak tunggu habis pantang tersangat lah lambatnya. Walaupun dah lama bercuti tapi saya belum mula menjahit lagi. Kain lama pun masih ada yang tidak berjahit. Tunggu mood rajin datang balik..hehehe

Sekarang mood rajin untuk memasak. Masa ni la nak cuba beberapa resepi yang dah lama teringin nak buat tapi takde masa (alasan la tu). Dua hari lepas saya buat pau. Saya guna tepung pau Blue Key. Resepi pulak tak ingat ambik kat mana...rasanya dalam Myresepi kot. Banyak sangat saya cari resepi dan simpan buatnya tak jugak.

Ok, inilah pau yang dah siap untuk dikukus. Pelbagai saiz ada..Berdebar jugak nak tunggu masak..jadi ke tak?


Inilah hasilnya setelah dimasak. Inti pau guna kaya yang dah siap je. Nanti nak cuba buat inti kacang hijau pulak. Cubaan pertama, xdela gebu sangat tapi boleh la buat makan untuk family..


Sekian untuk edisi kali ini..Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...