Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 6, 2011

Edisi 3/2011 (makan-makan)

Assalamuaikum..
Edisi kali ini pendek je, nak cerita pasal tepung gomak a.k.a abuk-abuk. Alkisahnya en.suami nak makan abuk-abuk, siap order dari kampung. Kebetulan pulak mak nak datang, jadi serbuk kacang dah siap2 bawak dari kampung. Hari nak buat tu, kelapa parut pulak tak ada dan esoknya mak dah nak balik kampung. So, mak pun bagi la resepi by mulut je. Main ingat2 je la sebab mak kata senang je. Esok malamnya dengan semangat berkobar-kobar saya buat intinya. Biar sejuk dulu, baru bulat2 kan dan simpan dalam peti sejuk. Paginya bangun awal sebab nak buat sarapan abuk-abuk..dan untuk pertama kalinya dalam hidup saya..jadilah abuk2 air tangan sendiri. Walaupun kurang manis, tapi bolehla untuk makan kami berdua..heheh

tepung gomak @ abuk-abuk

Sejak kamera dah rosak dan laptop cik tipah dah bawak balik kampung, saya makin bertambah malas nak menulis di blog. Tak best pulak kalau menulis xde gambar kan..Ambik gambar guna handphone je la walaupun susah pulak nak upload ke PC. Rasanya cukup untuk edisi kali ini, sambung lagi akan datang...wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...