Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 1, 2010

Design Manik

hari ini nak tunjukkan jahitan manik oleh tipah. aku hanya bagi idea dan lakaran je. Kalau simple2 cik pah memang boleh tolong jahitkan. Baju aku jahit sendiri.

Corak ni aku namakan Diamond Bling2..hehe

Ni plak mcm biasa la, tabur2 mana yang patut. senang tapi ambil masa yang lama..


Yang ni 100% idea Cik Pah. Sequin tu beli yang dah siap. Bawahnya jahitan manik lingkaran.


Thursday, September 30, 2010

Floria 2010

Bunga-bunga Matahari....
tetiba rasa nak tempek gambar bunga2 plak..layan je la walaupun aku bukanlah pro atau amatur dalam bidang ni


yang ni aku suka..bleh tempek kt decoupage best gak ni. Rasa macam nak ambik bawak balik je..huhuh.






Ramadhan yang lepas..

Manik Ramadhan

Tempahan manik dari En. Shahrill, buat simple je sebab tak sempat..Batrisyia asyik nak tolong je. Tempahan baju pun ambik sikit je, dah tak menang tangan melayan anak. Agaknya kalau dah ramai anak, kena bersara dah kot..hehe




Cik Tipah tolong jahitkan...


Baju sendiri pun x terbuat..bila la nak rajin


Sarung bantal dan tilam kawan cik pah..nasib sempat siap sebelum tuannya bersalin. Teringat plak citer Epilog Syurga Cinta..Sofa rumah Irham corak macam ni le..










Thursday, July 15, 2010

Cuci-cuci Blog

Salam Semua..

Dah lama sangat x update blog ni sampaikan pagi tadi dapat soalan bonus.."Ko x update blog ke..asyik gambar beg tu jer" hahahaha..soalan kak Huda tu..

Sebenarnya dah lama x buat apa2 kraf..sibuk menjahit jer..kain kak Huda jer dah lebih 4 pasang..camno tu?

So untuk nampak blog aku dah update kann..aku buh gambar Tisya untuk tatapan kak Huda..hehehe


Tisya mmg suka makan megi..hasil ajaran Mak Njang Tipah. Kalau masuk pertandingan makan megi leh menang kot

Ni masa adik aku bertunang, sibuk jer nak bukak hantaran tu

Bawah ni kraf felt aku buat utk Shida. Saje suke2..


Tuesday, May 11, 2010

Nilai 3, Negeri Sembilan

Minggu lepas kami ke Nilai 3 cari kain untuk Cik Pah. Jalan punya jalan, terjumpa plak kain heavy cotton RM10/meter. Aku ambik 2m nak buat alas meja dan lagi 1m nak try buat beg. Sampai rumah nyesal lak x ambik lebih, kan boleh buat sarung kusyen.

Dah lama teringin nak buat..ni la hasilnya...Beg ni dah bagi pada Cik Pah untuk di letak telekung. Sebelum ni guna plastik barang je katanya..

Beg jerut tu untuk letak kain telekung. Yang sebelahnya aku namakan beg hulu-hilir. muat letak botol susu, purse, hp dan kunci.


Monday, May 10, 2010

Anak Tudung Syria

Salam Semua...

beberapa minggu lepas aku ada buat anak tudung untuk g-ja lagi. Aku pun teringin gak nak pakai, tapi x sesuwei ngan muka..kembang setaman jadinya.




Pinggan kt bawah ni pulak aku beli kt Romantika, Kajang. RM1 jer, so balik umah terus tampal tisu..cat belum kering aku dah ambik gambo..x sabaq betoi

Sebenarnya banyak lagi botol dan bercat, tapi tisu lak xde..x sempat nak shopping lagi. Tunggu masa kurang sibuk sikit.




Friday, May 7, 2010

Masa Tidak Menunggu Kita...

Salam Semua..

Rasanya dah lama x update blog ni. Sibuk dengan kerja yang x siap2. Cepat sangt rasanya masa berlalu, baru je Isnin..arini dah Jumaat. SAbtu dan Ahad lagi la cepat... dah Isnin semula. Peredaran masa yang x akan menunggu kita, sedar2 dah masuk bulan Mei. Banyak pulak mukadimahnya, sebenarnya nak cakap aku dah x berapa ada masa nak layan hobi..hahaha. Nak menjahit kena tunggu Tisya tido dulu dan skrg dia dah pandai tido pukul 12 malam, jawabnya aku pun tumpang tido la jugak. Xpe la.. anak didahulukan, hobi diutamakan (boleh ker camtu?)

Sambil2 mencuri masa, dapat jugak aku buat benda kt bawah ni. Casing untuk hp dan pendrive comel aku (subsidi punya..). Casing hp dah bagi kt pizah. Ada lagi satu dah bagi kak am tapi gambar xde. pendrive tu boleh disimpan dalam casing yang ada nama is tu. Belakang is tu ada perkataan ma. Aku tambah key chain love kasik nampak gempak sikit...(huhuh perasan sendiri)

Yang ni untuk Pizah. Dia suruh aku buat pija, tapi jadi PJA jer..hahaha..jgn marah



Wednesday, April 7, 2010

Photoshop


ermm...edit gambar guna photoshop. hampeh jer...jari x pandai nak control mouse..abis berlekuk-lekuk gambar tu. xpe, practise make perfect kan. nanti try lagi. aku budak baru belajar...
Decoupage ni baru je siap, x sempat lagi nak varnish. stand tu g-ja bagi free..TQ G-ja..sayang ko. Kali ni xde barang terbuang dah..skill level dah up skit (perasan..huhuhu)

Monday, March 29, 2010

CAMPUR-CAMPUR

Sesuai dengan tajuk, so semuanya tunjuk kat sini jer. baki kain felt banyak lagi, pikir punya pikir..terhasillah pengikat langsir untuk rumahku. dah siap ikat lt langsir, nampak cantik jugak (hehehe..angkat bakul sendiri). Buat lagi beg untuk cik tipah, sibuk sangat suruh siapkan cepat..

Manik
Design yang belum pernah aku try. Menjadi jugak hasil menjelajah blog2 orang yang dah taraf sifu. Minat punya pasal, sanggup tido kul 3 pagi..khas untuk Fida


Tudung
Tudung ni pun design yang aku tak pernah buat. Tempahan dari G-ja. Dia sendiri yang bagi contoh. Aku tiru je..hehe. G-ja, aku test dulu tau, best gak..melekat jer





Monday, March 22, 2010

decoupage lagi

hari ni rajin pulak, sehari je dah 2 post. Just nak tunjukkan botol decoupage. Bunga Ros kecik2 tu g-ja bagi..cantik sangt. Setakat ni aku guna barang2 terpakai jer...jimat kos..heheh


Roman Blind

dah lama teringin nak buat langsir ni, tapi kena tambah rail lain plak. So aku hentam guna kayu kecik letak tengah2 kain..pastu letak reben untuk tarik langsir. Konon2 ala roman blind la..jimat kos..jadi la jugak. Yang x bestnya, renda tu kaler dah lari tema la








Hot Air Balloon, Putrajaya 2010



Sempat bawa Tisya dan sepupu2nya tengok belon. Alang-alang dah dekat rumah, rugi plak x tengok dekat2 kan.. Ramai betul orang datang masa hari minggu, parking sampai ke depan jalan Presint 18..nasib baik aku pi jumaat, orang belum ramai lagi






Gambar ambik dari balkoni rumah, tak kuase den nak pi time orang ramai2 ni






Sunday, March 21, 2010

Birthday Batrisyia dan Umi




Happy Belated Birthday Tisya!!!..dan untuk aku jugak. kami lahir pada bulan yang sama. Tahun ni tak sempat nak buat kek, beli jer la. Cik Pah sibuk sangt suruh beli, so aku masukkan sekali gambar dia kt sini..heheh


Gambar kek terbalik plak



Kek umi buat sendiri dah siap potong untuk kawan-kawan ofis.


TUDUNG LAGI

Tudung Kak Suzie...
Tudung Cik Tini, potong scallop pulak...







Wednesday, February 17, 2010

pokok cili kekeringan

sibuk sangat kononnya sampai lupa nak sirim pokok. sian dia, sebelum ni hari2 hujan, jadi aku dah terbiasa tak siram. sekali pi tengok, aduh dah hampir nak kerinting daunnya..harap-harap pokok cili aku x merajuk la. semua pokok cili dah berbuah..best!!! daun kari dan pandan pun makin sihat...

Kraf Lagi
Cuma nak tunjuk gambar jer untuk decoupage dan felt
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...