Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 22, 2011

Edisi 21/2011 (Roti Butter)


Sejak dah mula sibuk buat cakePHP, dah takde mood nak buat entry dalam blog ni. Dok bakar cake tak siap-siap lagi..hehehe

Supaya tak sunyi sangat blog ni, saya tempek gambar roti minggu lepas. Belum pakar lagi bab-bab roti ni tapi boleh la nak makan familiy sendiri. Alkisahnya sebelum buat roti butter, buat roti yogurt dulu, tapi malangnya langsung tak naik....agaknya salah yis kot..sebab dan 2 kali buat resepi yang sama..jadi je.

So yis tersebut terus masuk dalam tong sampah sekali dengan roti bantat. Rasa sayang sangat nak buang roti tu, tapi dah try makan...x boleh nak telan, dah jadi ketegori lembut sikit dari batu.

Esoknya buat lagi dengan yis lain pulak, kalau tak jadi jugak bukan salah yis la tu..memang salah tuan yang buat..hehehe

Resepi macam biasa la, skodeng kat myresepi je. Setakat ni semua resepi yang diskodeng menjadi je.. memang tuan resepi tak kedekut ilmu kan..
Walaupun tuan resepi tak baca blog saya, tapi ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..:) Semoga diberkati Allah S.W.T.. Amin..

Panjang lak bebel, layan le laa...hehehe


2 jam lebih baru nak kembang setaman..


dah boleh makan..lembut je walaupun agar besar saiznya..

Thursday, December 1, 2011

Edisi 20/2011 (Felt lagi)

Gambar je.....









Model-modelnya...kuang..kuang...kuang...

Wednesday, November 30, 2011

Edisi 19/2011 (Kakak dan Adik)

Harini mood rajin nak bercerita, rehat jap..jap lagi sambung balik SPPB..hehehee

Pagi tadi Batrisyia nak pakai baju raya...rupa-rupanya baju belum basuh..alahai..sebab dia nak pakai jugak, terpaksa la pakai baju 2 tahun lepas...dengan kain yang senteng (betul ke ejaan ni), orang utara cakap kain singkat..baju pun agak dah ketat..sian kan, konon-konon umi tukang jahit...tapi baju anak...setahun 1 je.. Takpa la kak long, nanti umi rajin, umi buat yang baru yee...(umi janji ni)..

Kalau dah siap lawa-lawa mesti kena ambik
gambar dulu..pagi ni mood rajin nak ikat rambut..kadang2 sikit pun payah nak bagi..


Dalam kereta pun nak ambik gambar jugak...




Adik Najihah yang
pelik tengok umi dan kak long bising-bising dalam kereta..hhehehe..mood kurang baik, demam tak elok lagi..sian adik..

Wednesday, November 16, 2011

Edisi 17/2011 (Headband Batrisyia)


Lunch Time....

Harini tak balik masak..sebab en.suami tak balik..so malas la nak balik, karang tido pulak..

Apalagi..sambung la projek2 yang tak siap lagi...menjahit dalam gelap..huhuhu( ofis jimat lektrik). Akhirnya siap jugak sebelum lampu bukak...dah seminggu dok dalam drawer..

Agak-agak Batrisyia nak pakai ke? Besar saiz dewasa ni..hentam saja la..

Friday, November 11, 2011

Edisi 16/2011 (Cerita Semalam)





Assalamualaikum..


Projek felt kedua dah siap..headband untuk irdi..anah buah Siti Najihah..boring2 best gak buat benda ni..layan jee




Sempena kena pakai batik hari Khamis, so saya buat kek batik plak..hehehe..sebenarnya biskut marie ni dah dekat 2 minggu kat rumah. Cik Tipah bawak dari kampung konon2 nak buat tapi tak sempat...sebab dia buat kat kampung tak jadi. Konon-konon nak tengok la macammana saya buat...tapi terajar kek coklat plak makanya tinggallah marie itu tanpa dilayan..

sebabkan sayang biskut tu tak dimakan dan kebetulan Najihah tido awal, maka jadilah kek batik tersebut..




Batrisyia pun sibuk gak nak posing..layankan je..ala2 bernasyid sebab tengah selawat..huhuh

sekian...

Wednesday, November 9, 2011

Edisi 15/2011 (Hair Clip dan Key Chain)

semalam dan update, arini pun update blog lagi..hahahaa..makin rajin pulak. Memang la rajin, entry pendek-pendek jer..

Hair Clip dan Key Chain untuk baby Daania...dah 5 bulan baru nak bagi..sorry ye mama Shida..kita bersambung-sambung cuti..hehehe





Lepas ni ada lagi satu projek nak buat..tungguuu..

Tuesday, November 8, 2011

Edisi 14/2011 (Felt lagi..)

Assalamualaikum... harini pendek je, nak tunjukkan barang-barang kraf yang baru sampai. tengah gian nak buat kraf felt pulak. Agak2 bila la nak abis semua ni..kalau buat give away ada orang nak tak?





Thursday, November 3, 2011

Edisi 13/2011 (Tag Nama Tisya)



Tag nama untuk Batrisyia dah siap..simple je..abiskan bahan-bahan yang ada...



depan...


belakang....

Monday, October 31, 2011

EDISI 12/2011 (SUKA SUKA ABISKAN MASA)

Minggu lepas Ani hadiahkan headband untuk Najihah..sukanya..cantik sangat. Dah lama kain felt duduk bawah meja, dah malas nak berkeras tangan..tapi bila tengok headband Ani, terus berkobar-kobar nak buat sendiri..balik rumah terus cari kain felt..sehari cari tak jumpa..rupanya masih ada bawah meja kat ofis..hehehe

Saya pun mula cari pakcik google cara-cara nak buat headband sendiri, banyak jugak jumpa..siap dengan gambar sekali..apalagi copy le..

ermm..masalahnya getah headband tu pulak takde, felt je yang ada..pikir punya pikir teringat plak kain jersey tudung banyak kat rumah..apakata try guna sebab elastik jugak kan..maka hari Sabtu mula lah projek headband pertama. Buat ringkas dulu, nak try boleh ke tak...


hadiah dari Cik Ani

percubaan pertama...bunga reben je

untuk batrisyia, buat lagi sepit rambut..sekarang dah pandai nak bergaya..kalau suruh pakai pun dia dah nak..so bolehla umi buat banyak-banyak..



yang ni pulak untuk tag nama adik Najihah..letak kat beg Taska..kena buat lagi satu untuk Batrisyia, nanti dia tanya pulak kenapa buat untuk adik je...susah pulak nak jawab...

depan..

belakang...

EDISI 11/2011 (KEK CARROT)

Assalamualaikum..

Malam tadi saya cuba buat kek karot. Seumur hidup tak pernah makan, apatah lagi nak buat. tapi tangan ni gatai2 jugak nak buat. alkisahnya dapat resepi dari kak ton, kat mana dia print tak tau la pulak. tengok resepi macam senang ja..so saya cuba dulu. resepi kak ton masak kukus, tapi saya tukar bakar je.

Resepi asal telah diubah sebab saya guna minyak masak je dan beberapa bahan yang tak ada, saya tak letak..dah siap bakar, inilah hasilnya...loyang besar sangat..




Tak tau la jadi ke tak sebab tak pernah makan..try google gambar nak tengok sama ke tak..hehehe..macam2 style kek pakcik google tunjuk..hentam saja lah..dah masak pun..


Kalau buat kek memang kena bawak ke ofis, sebab mana larat nak makan 2 orang je kat rumah. Nasib la kawan-kawan..dapat kek ntah apa-apa. Korang makan jugak walau apa pun rasanya...(paksaan ni). Sejuk sikit potong-potong masukkan dalam bekas..siap!! Dah boleh tido...

Friday, October 28, 2011

EDISI 10/2011 (BEG)

Assalamualaikum..
Minggu ni dah mula kerja..hari pertama kerja kawan-kawan dah tanya bila nak menjahit..ish.ish..mood tak datang lagi ni..so nak naikkan mood semula..saya buat projek pertama selepas berpantang..beg Najihah ke taska..

Beg ni saya buat kononnya nak letak barang-barang Najihah ke Taska..mula-mula potong kain dulu..sebab kain tak cukup, jadila macam2 warna. Biru untuk tapak, hijau untuk badan dan bunga-bunga untuk zip atas..



Sekali dah siap..alamak..besarnya!! cancel la nak bawak ke Taska, simpan untuk balik kampung lah..Jadinya barang Najihah tumpang je dengan beg Batrisyia, boleh bawak satu beg je..tapi kesian plak kat cikgunya nak ambil barang..nanti kena buat lain ni..cari kain dulu.

tu jer la cerita beg Najihah..so mood menjahit dah datang..hehehe

Friday, October 21, 2011

EDISI 9/2011 (MASAK LAGI)

Salam semua..
ermm..masih cerita masak-masak tapi kali ini orang lain pulak yang masak. Encik suami terasa nak buat tepung talam dan dengan gembiranya saya terus menyokong..(sebenarnya memang nak suruh pun..)

So, dua hari lepas kitorang bersarapan tepung talam..sampai minum petang la nak abiskan satu loyang..tak lupa juga tapau untuk kawan-kawan dia..
tepung talam comot!!


Pagi ni pulak saya buat kek pisang, ni kali kedua buat..yang pertama cari resepi tak jadi..bantat. Dengan berdebarnya buat lagi kali ni tapi rasanya jadi kot sebab guna tepung kek. Terbeli masa beli choco powder aritu. Senang jer, dia tulis cuma tambah telur, pisang dan minyak jagung. Sebab takde minyak jagung, saya guna minyak masak je.

Inilah hasilnya..sedap juga..hehe..


kek pisang..yummm..


Agaknya minggu ni ja boleh rajin masak-masak..lepas ni kena fokus jahitan plak..dah banyak kain tak terjahit lagi tu...huhuh. Mampukah?..


Sekian..

Sunday, October 16, 2011

EDISI 7/2011 (Alkisah Anak-anak)




Hari ni takde lagi cerita jahit-menjahit atau kraf sebabnya melayan Nur Alya Najihah. Lagi seminggu dah nak mula kerja, maknanya Najihah akan di hantar ke Taska. Dah 3 bulan anak Umi. Teringat pula masa Batrisyia masih baby, 45 hari saya dah mula kerja..jadi masa bersama Batrisyia terhad. Kebetulan mak menjaga Batrisyia sampai 4 bulan dan semuanya mak yang buat. Bila dah ada anak kedua barulah terasa menjaga anak sendiri. Tiada lagi mak untuk bermanja..hehehe.

Oleh kerana cuti pun lama, dapat la melihat perkembangan anak-anak siang dan malam. Batrisyia yang makin banyak bersoal jawab dan adik Najihah yang dah pandai meniarap. Rasa macam best pulak jadi suri rumah...yeke?

Pertama kali gambar Nur Alya Najihah dalam Blog Umi..

Saya perempuan ye..

Usaha Tangga Kejayaan!!

Kan dah Berjaya...











Tuesday, October 11, 2011

EDISI 6/2011 (APAM BERAS)

Masih lagi dalam mood masak-masak. Kali ni untuk resepi apam beras pulak. Dah 3 kali buat, alhamdulillah..rasanya ok kot. Resepi yang mudah dan bahan-bahannya juga memang dah ada kt dapur..

Apam Beras yang telah siap dikukus..


Masih dalam loyang, tunggu sejuk nak potong..

Siap dipotong..sedia untuk makan..tunggu Abah dan Batrisyia balik dulu

Sekian, entry yang pendek je, Najihah dan bangun. Wassalam...

Monday, October 10, 2011

EDISI 5/2011 (PAU)

Sedar tak sedar cuti tinggal lagi 2 minggu ja. Cepat pulak rasanya. Masa nak tunggu habis pantang tersangat lah lambatnya. Walaupun dah lama bercuti tapi saya belum mula menjahit lagi. Kain lama pun masih ada yang tidak berjahit. Tunggu mood rajin datang balik..hehehe

Sekarang mood rajin untuk memasak. Masa ni la nak cuba beberapa resepi yang dah lama teringin nak buat tapi takde masa (alasan la tu). Dua hari lepas saya buat pau. Saya guna tepung pau Blue Key. Resepi pulak tak ingat ambik kat mana...rasanya dalam Myresepi kot. Banyak sangat saya cari resepi dan simpan buatnya tak jugak.

Ok, inilah pau yang dah siap untuk dikukus. Pelbagai saiz ada..Berdebar jugak nak tunggu masak..jadi ke tak?


Inilah hasilnya setelah dimasak. Inti pau guna kaya yang dah siap je. Nanti nak cuba buat inti kacang hijau pulak. Cubaan pertama, xdela gebu sangat tapi boleh la buat makan untuk family..


Sekian untuk edisi kali ini..Wassalam

Wednesday, May 4, 2011

Edisi 4/2011

Assalamualaikum...
Edisi kali ini nak tunjukkan baju blouse yang saya jahit sendiri. Ala-ala baju kedah lebih kurang. First time jahit blouse sendiri dan Alhamdulillah..boleh dipakai jugak. Sebenarnya lagi cepat jahit blouse dari baju kurung, tapi yang lecehnya saya kena buat pola dahulu. Kebetulan ada buku panduan menjahit kebaya yang saya beli tahun 2009..dah dekat 3 tahun tapi x pernah nak cuba. Buku tu saya beli online kat website wanitamelayu. Jadi boleh la tiru-tiru kt part lubang tangan jer, part lain saya hentam.

Kenapa tiba2 nak buat blouse?? Sebab..baju kurung banyak dah tak muat..hehehe. Kononnya nak buat maternity blouse sendiri.

Kain yang telah dipotong

Untuk memudahkan kerja, saya guna kain cotton biasa. RM8/m beli di Nagoya. Memang senang nak potong, 3 jam je boleh siap jahit. Lepas ni kalau rajin nak cari kain viscose pulak, lembut sikit. Tapi..rajin ke? huhuhu...barut pun belum jahit lagi.

Cukup dulu untuk edisi hari ni..sambung lagi jika ada kelapangan..wassalam..

Baju yang dah siap untuk dipakai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...