Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, May 14, 2013

ADA BOM KE??

Macam gempak je tajuk kann...memang gempak pun..segempak hati dan perasaan ketika itu..
Cerita ini diabadikan dalam blog untuk kenangan akan datang..

Ceritanya pagi tadi dapat call dari cikgu Taska Najihah...
Cikgu :"Kak, datang ambik Jiha ni, ada emergency"
Umi : "Kenapa?"
Tiba2 dengar cikgu bercakap belakang jer..fuhh suspend sangat-sangat ni...kenapa pulak anak aku..jatuh ker..sakit ker..jantung dah dup dap, mata dah berair..
Umi :"Hello..hello...hello"
Cikgu:"Takpe la kak, tak ambik pun takpe"
Umi:"Kenapa ni, cakap la" (lagi takut dah)
Cikgu: "Kat sini ada ancaman bom, tapi ok ja, kitorang dok kat luar ni. Kalau nak ambik pun boleh, tak ambik pun boleh"
Umi :"Ok2, tq"

Takkan la tak ambik pulak kan..dah la tak nampak keadaan kat sana macam mana, ntah2 kat mana anak2 tu duduk..lagi kesian yang masih baby. Saya terus call husband pergi tengok anak, naik motor senang sikit, takut jalan dah kena blok..
Alhamdulillah, semuanya ok, menurut kata orang-orang kat situ, maybe 4 jam juga nak settle siasatan..so abah ambik Najihah bawa balik..kesian tengok...dengan tak pakai selipar, muka pun mcm tengah tido ja..
Agaknya macam mana cikgu2 kat situ nak handle ramai budak2 dengan keadaan kelam kabut macam tu..terima kasih ya cikgu-cikgu..

Pukul 11:40 pagi cikgu mesej bagitau dah selamat semua. Alhamdulillah..

Agaknya apa la dendam orang yang buat panggilan palsu tu yer..dia dah berjaya menghuru harakan hidup semua orang dalam bangunan tu dan juga dia patut tau..bukan orang dalam bangunan tu sahaja, orang luar bangunan macam saya turut amat terkesan. Dia patut tahu, kat situ ada kanak-kanak tidak berdosa yang tak terlibat pun dengan dendamnya...

tiba-tiba terbayang ibu-ibu di Palestine, macammana perasaan mereka bila anak-anak sentiasa terancam dengan senjata dan bom. Saya yang diuji dengan panggilan bom palsu pun tak mampu nak gambarkan perasaan dengan kata-kata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...