Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, August 12, 2013

Persiapan Aidilfitri 1434 H

Assalamualaikum...
Dah 5 hari raya..dalam bilik ni hanya ada 2 orang je yang bekerja..yang lain masih mood berhari raya. Kami sekeluarga dan sampai sini sejak jumaat malam lagi..amat lengang putrajaya..blok rumah jangan cakap la..ada jugak 1 @ 2 wakil rumah yang nampak cahaya..

sebenarnya bukan nak cerita pasal lepas raya..tapi pasal tudung chiffon 2 layer yang pertama kali try buat..
lagi seminggu nak raya baru pi Jakel cari kain..orang tak payah cakap la..walaupun lagi seminggu tapi masih ramai, tapi yang ramainya beli baju melayu dan baju yang dah siap. Baju melayu dah tentu la baju Aaron Aziz yang paling ramai dok pilih..sampai nak jalan pun payah..

Dah lama teringin nak jahit tudung 2 layer @ 3 layer sendiri tapi takde masa nak pi cari kain..bukan sibuk sangat pun..tapi macam alang2 pulak pi shah alam semata-mata nak beli kain tu jeee..(tapi kalau benda dan minat sangat sanggup je pi :)..

Senang Jakel ni...pekerja kat situ akan ikut kita sampai selesai cari semua kain..tempat lain tak tau pulak macam mana sebab jarang pergi. Mula2 nak ambik kain cotton silk, tapi mahal kot..so pilih la cotton lain (dah lupa nama). Rasanya macam tak berapa sesuai kain cotton untuk badan macam saya tapi redah je la..asalkan selesa kann...Cadangan asal nak beli shawl tapi tergatal mulut pulak pi tanya ada chiffon untuk tudung tak? Sekali dia tunjuk kain...wahhh rambang mata kott..macam nak ambik banyak2 jaaa..nasib baik RM bawak cukup2 ja..selamattt..dalam kepala dok pikir nak buat shawl la, 2 layer la..3 layer laa..huhuhhu..tamak

Akhirnya lagi 2 hari nak balik kampung..jadi jugak lah tudung 2 layer tersebut..brooch tu dapat pulak RM10 untuk 2..murah kan... try 2 layer dulu..takut pulak tak jadi kalau buat 3 layer..yang penting mesti sedondon untuk umi dan batrisyia..untuk adik tahun depan ye..

pandangan depan

pandangan sisi

Muka dah penat berjalan satu kampung, tudung pun dah senget2

pasal baju pulak..asalnya nak jahit biasa je..tapi terpengaruh tengok baju Min dengan border lace...siap letak kat hanger gantung depan pintu sebab nak tengok border lace tu..akhirnya terbeli jugak masa pi kedai nak jahit tepi tudung. Takde pilihan sangat pun..tapi nasib ada jugak yang berkenan. Untuk Batrisyia dan Najihah, umi kongsi lah yee..sorang kat tangan, sorang kat bawah baju...tapi setelah petang 1 Syawal Batrisyia terperasan bajunya takde bunga di bawah!! Jenuh la Umi nak bagi jawapan...


sekian untuk entry kali ini..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, May 14, 2013

ADA BOM KE??

Macam gempak je tajuk kann...memang gempak pun..segempak hati dan perasaan ketika itu..
Cerita ini diabadikan dalam blog untuk kenangan akan datang..

Ceritanya pagi tadi dapat call dari cikgu Taska Najihah...
Cikgu :"Kak, datang ambik Jiha ni, ada emergency"
Umi : "Kenapa?"
Tiba2 dengar cikgu bercakap belakang jer..fuhh suspend sangat-sangat ni...kenapa pulak anak aku..jatuh ker..sakit ker..jantung dah dup dap, mata dah berair..
Umi :"Hello..hello...hello"
Cikgu:"Takpe la kak, tak ambik pun takpe"
Umi:"Kenapa ni, cakap la" (lagi takut dah)
Cikgu: "Kat sini ada ancaman bom, tapi ok ja, kitorang dok kat luar ni. Kalau nak ambik pun boleh, tak ambik pun boleh"
Umi :"Ok2, tq"

Takkan la tak ambik pulak kan..dah la tak nampak keadaan kat sana macam mana, ntah2 kat mana anak2 tu duduk..lagi kesian yang masih baby. Saya terus call husband pergi tengok anak, naik motor senang sikit, takut jalan dah kena blok..
Alhamdulillah, semuanya ok, menurut kata orang-orang kat situ, maybe 4 jam juga nak settle siasatan..so abah ambik Najihah bawa balik..kesian tengok...dengan tak pakai selipar, muka pun mcm tengah tido ja..
Agaknya macam mana cikgu2 kat situ nak handle ramai budak2 dengan keadaan kelam kabut macam tu..terima kasih ya cikgu-cikgu..

Pukul 11:40 pagi cikgu mesej bagitau dah selamat semua. Alhamdulillah..

Agaknya apa la dendam orang yang buat panggilan palsu tu yer..dia dah berjaya menghuru harakan hidup semua orang dalam bangunan tu dan juga dia patut tau..bukan orang dalam bangunan tu sahaja, orang luar bangunan macam saya turut amat terkesan. Dia patut tahu, kat situ ada kanak-kanak tidak berdosa yang tak terlibat pun dengan dendamnya...

tiba-tiba terbayang ibu-ibu di Palestine, macammana perasaan mereka bila anak-anak sentiasa terancam dengan senjata dan bom. Saya yang diuji dengan panggilan bom palsu pun tak mampu nak gambarkan perasaan dengan kata-kata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...