Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 8, 2012

Blueberry Cheese Tart & Batrisyia

harini nak cerita 2 perkara yang berlainan dibawah satu tajuk..jadi tak payah nak tulis 2 entry..

Cerita Pertama : Blueberry Cheese Tart Pertamaku
Cita-cita nak buat tart ni dari bulan 3 lagi..tapi asyik tertangguh je..jadi cheese tu pun dah 3 bulan terperap dalam peti sejuk...Asalnya beli cheese untuk topping kek karot, tapi keknya sampai harini tak nampak2..hehehe..

Akhirnya tanpa dirancang, hari Selasa balik rumah time lunch..uli tepung dulu..pastu simpan dalam peti jap..saya jumpa macam2 cara nak buat crustnya..tapi saya ikut resepi dari sini. Tips yang bagitau simpan pastry dalam peti tu jumpa dalam blog lain..saja try simpan sebab memang tak sempat nak buat semua dalam masa 30 minit je.

Dah balik keja terus bakar crust/kulit tart. Dah siap semua simpan dulu, nanti malam pulak baru buat filling..rehat dulu main2 dengan anak2.

 First time..macam2 size ada

Malamnya bersama Batrisyia (mesti nak buat sama) dan tambahan pembantu adik Najihah (tolong kemas dapur) maka siap jugak cheese tart saya. Dah masak je terus ngap..sebab tak sabar nak tahu jadi ke tak..hehe.

 Sebelum dibakar

Alhamdulillah..boleh terus ikut  resepi ini pada masa akan datang..mudah dan tak banyak sangat bahan2 dan boleh tahan jugak sedapnya (macam puji diri sendiri je..)


Cerita Kedua : Batrisyia dan hadiahnya
Petang Khamis, Batrisyia bawa balik hadiah dari Taska..siap dengan belon lagi. So dalam kereta umi tanya kenapa dapat hadiah? Batrisyia : 'Nanti lah Batrisyia cite kat rumah, penat la' . Alamak, terpaksa la umi sabar dulu..

Dah sampai rumah umi tanya lagi..
Batrisya:' Kak Long main bola pas2'.
 Umi: 'Tu je ke, tu ada 2 hadiah'.
Batrisyia:-'Tak nak cakap la Umi'. (alasan seperti biasa..)
So umi pun tak tau apa event untuk hadiah tersebut..cuma tolong makan je lah..hehe
Nanti boleh tanya cikgu kat Taska..




Hadiah Batrisyia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...