Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 23, 2012

IHTIFAL ALIF CERIA 2012

Dah lama tak update blog..sangat2 sibuk dan penat dengan coding..hehehe
Memandangkan minggu lepas Batrisyia ada persembahan sempena Majlis Ihtifal tadikanya, jadi umi mesti rajin menyimpan kenangan ini...

Bertempat di Dewan Sri Cempaka Sari, Putrajaya yang sangat besar dan selesa itu, kami satu family dapat tempat duduk agak jauh dari stage utama tetapi pandangan masih jelas lagi. Abah dan Umi sangat teruja nak tengok Batrisyia buat persembahan sebab hari-hari balik nyanyi dan menari lagu haiwan..katanya dia jadi mother hen....

baris ketiga terakhir..jauh kan...

Semua persembahan best2 dan saya sangat kagum bila anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun boleh menjadi MC...

Tunggu punya tunggu, akhirnya tiba giliran Batrisyia dan kawan-kawannya buat persembahan...umi dapat ambil gambar dari tepi je..cukuplah untuk kenangan...gambar kat bawah ni semua download dari facebook Alif Ceria..terima kasih yer..





 peaceee...

Tamat persembahan, majlis konvo untuk anak-anak 6 tahun pun bermula..sebelum tu ada penyampaian hadiah untuk anak-anak 4 hingga 5 tahun mengikut sekolah masing-masing..

Alhamdulillah, Batrisyia telah mendapat Anugerah Outstanding Acheivement mewakili anak 4 tahun. Kemudian, anak-anak yang mendapat anugerah ini diberi buku untuk dibaca dihadapan ibu-bapa..


suka sangat buat peaceeee...

Untuk maklumat lanjut pasal Alif Ceria, boleh klik sini..
Alhamdulillah, rasa sangat berbaloi hantar Batrisyia ke sini..terima kasih kepada semua Cikgu yang tanpa jemu melatih anak-anak dengan bermacam-macam perangai..semoga Alif Ceria terus maju dan diberkati Allah S.W.T...Aminnn...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...